Tuesday, July 21, 2009

Minit Mesyuarat 4 Julai 2009

MINIT MENYUARAT KHAS

PERSATUAN PENGELULU HASHIM

Tarikh : 04.07.209
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 mlm
Kehadiran : Fadzil
Abang.Lid / Kak Ain
Wan / Bahijah
Jaafar / Khasiah
Hasnah/Shukur
Ikram / Na
Mad / Not
Rokiah
Suraini / Sajari
Halim / Yati
Mohd. Ridha
AGENDA 1

Majlis Bersama Anak-Anak Yatim Ikram memulakan mesyuarat dengan memberi salam serta ucapan kesyukuran dan seterusnya mengucapkan selamat datang kepada semua kerana sudi melapangkan masa untuk hadir ke mesyuarat pada malam itu. Beliau memaklumkan bahawa perjumpaan ini adalah khusus membincang mengenai Maj;is Bersama Anak-Anak Yatim yang mana penerangannya akan disampaikan oleh Kak Kiah


AGENDA 2 :

K. Kiah memulakan majlis dengan menyampaikan salam dari Pengerusi kepada semua yang hadir dengan lafaz “Assalamualaikum”. Seterusnya menerangkan mengenai program majlis:-

2.1 Program “MAJLIS BERSAMA ANAK-ANAK YATIM”

Tarikh : 18.07.2009 (Sabtu)
Tempat : Bangunan PERKIM,
Lorong Seri, Alor Setar
Masa : 9.00 pg. hingga 5.00 ptg.
Bil.Anak Yatim : 43 orang lelaki
(19 Sek.Ren. & 24 Sek. Men.)
Staf 6 orang
Bil. Ahli Persatuan : 50 orang (Anggaran)



2.2 Anggaran Perbelanjaan / Menu

Ahli Persatuan bersetuju sebulat suara untuk mengutip RM50.00 satu keluarga dan dialu-alukan sumbangan yang lebih sekiranya ada yang sudi nak buat kebajikan.Pengerusi dikehendaki megeluarkan surat kebenaran mengutip wang sumbangan

MENU

Minum pagi : Bihun/Mee goreng (disediakan)
Kueh mueh (ahli yang sudi bawa)
Kopi / Teh

Makan Tengahari : Nasi Briani Ayam
Nasi Puteh
Kari Daging
Acar Timun
Buah-buahan & Air

Minum petang : Air Kotak & Roti/Kek

Sekiranya ada wang lebih kita semua bersetuju untuk memberi cenderahati kepada anak-anak yatim (contoh – tuala mandi)

Makanan akan disediakan untuk lebih kurang 100 orang. Ikram memaklumkan bahawa ada seorang Hamba Allah sudi memasak untuk majlis ini dengan percuma, kita Cuma sediakan bahan-bahan sahaja. Semua makanan yang telah dimasak akn dibawa ke PERKIM.

2.3 Jumlah ahli yang berminat untuk jadi keluarga angkat kepada anak yatim.

Fungsi Keluarga Angkat
i. Hubungan siratulrahim dengan anak angkat
ii. Mengenal & memahami masaalah anak angkat
iii. Melawat/berjumpa dengan anak angkat

Fadzil mencadangkan bahawa kita tak perlu memberi persetujuan sekarang, eloklah kita atur pembahagian anak angkat ini pada hari tersebut, bergantung kepada kehadiran ahli-ahli. Cadangan dipersejutui oleh semua yang hadir.

2.4 Gotong Royong

Ikrm mencadangkan, oleh kerana makanan dimasak di tempat lain, jadi aktiviti gotong royong boleh dibuat selepas majlis ta’aruf. Cadangan disokong oleh semua. K.Kiah bersama-sama Mat, Jaafar dan Ikram akan buat lawatan ke PERKIM sebelum 18.07.2009 untuk meastikan apa yang boleh dbuat dan pastikan peralatan-peralatan yang perlu dibawa bagi tujuan gotong royong.


2.5 AJK Kerja:

Pengerusi : Rokiah
Jamuan : Ikram / Na
Sambutan : Shukur / Hasnah
Gotong Royong : Mat
Susunatur Dewan : Jaafar

3. Hal-Hal Lain

Halim memberitahu bahawa majlis akadd nikah anaknya akn diadakan pada 18.07.2009 selepas zohor di Masjid aman, Jln. Kuala Kedah dan beliau menjemput kita seua ke majlis tersebut.

Oleh kerana perancangaan majlis kita telah diatur dengan pihak PERKIM, ahli sebulat suara bersetuju supaya aktiviti kita diteruskan kerana keluarga yang pulang dari K.L bagi tujuan aktiviti ini boleh sekali ke majlis Halim dan selepas itu kita semua boleh pergi ke rumah Halim. Tetapi sesiapa yang diperlukan atau hendak pergi lebih awal pun dibolehkan.

Mat memperingatakan supaya muslimah membawa pakaian sembahyang.

Sekian. Majlis tamat jam 10.00 mlm.


Terima kasih.

No comments:

Post a Comment