Sunday, January 11, 2009

Minit Mesyuarat 2 November 2008

Tarikh: 2 November 2008
Mula: 10:50pagi
Akhir: 11:10pagi
Tempat: Rumah Haji Ahmad Hashim, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

1. Ucapan aluan daripada Presiden Persatuan Keluarga Penghulu Hashim, Haji Ahmad.

2. Cadangan acara tahunan:
a) Perjumpaan Aidilfitri setiap tahun pada hari raya ke-dua. Tanggungjawab: AJK Keluarga Kedah.
b) Jamuan buka puasa dengan anak-anak yatim Yayasan Budi BB Park di mana ia lebih berkesan jika berbuka puasa di rumah anak yatim tersebut di Yan Kedah. Tanggungjawab: AJK Keluarga Kedah.
c) Perjumpaan keluarga awal tahun di Kuala Lumpur. Tanggungjawab: Dato' Yunus.

3. Buka website Keluarga Penghulu Hashim pada awal tahun 2009. Tanggungjawab: Amirussyahri, Ahmad Syah & Ahmad Azlan Syah.

4. Family tree Keluarga Penghulu Hashim (asal usul keluarga). Tanggungjawab: Keluarga Hajah Zaleha.

5. Tubuh tabung Keluarga Penghulu Hashim. Tanggungjawab: Pak Long Din & Shahnaz.

Mesyuarat berakhir dengan bacaan tasbih kifarah & surah wa'as.

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Hari Raya di Kedah





Selamat Maal Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami, ahli jawatankuasa Persatuan Keluarga Penghulu Hashim mengucapkan selamat datang ke laman blog rasmi Keluarga Penghulu Hashim. Diharapkan ahli keluarga dapat menggunakan laman blog ini dengan sebaik mungkin bagi mengeratkan silaturahim Keluarga Penghulu Hashim.

Dengan kesempatan ini saya mewakili
Persatuan Keluarga Penghulu Hashim mengucapkan Selamat Maal Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun 2008.

Saya menjemput semua ahli keluarga untuk menghadiri kenduri kesyukuran di rumah saya di Taman Setiawangsa bersama mesyuarat persatuan keluarga kita.

Yang ikhlas,
Haji Ahmad Haji Hashim,
Presiden,
Persatuan Keluarga Penghulu Hashim 2008/2009.