Thursday, December 15, 2011

Sessi Minum Petang & Pertukaran Hadiah Pada Hari Keluarga Penghulu Hashim 24 & 25 Disember 2011

Salam Jumaat kepada semua ahli Keluarga Penghulu Hashim,

Pengerusi Hari Keluarga Disember 2011, Kak Cik Dibah ingin mengumumkan dan memperingatkan ahli-ahli bersama untuk:

1. Memohon ahli-ahli membawa kuih untuk sessi minum petang hari Sabtu (24 Dis) adalah berkonsepkan potluck.
 
2. Memohon jasa baik setiap ahli keluarga untuk membawa hadiah untuk digunakan semasa sessi pertukaran hadiah.


Kerjasama dan sumbangan ahli keluarga amat dihargai demi kejayaan Hari Keluarga Penghulu Hashim di Intekma, Shah Alam pada 24 & 25 Disember 2011.

Sekian, ribuan terima kasih.

Wednesday, December 14, 2011

HARI KELUARGA PENGHULU HASHIM 24-25 DISEMBER 2011 INTEKMA RESORT,SHAH ALAM

Assalamualaikum kepada semua Ahli Keluarga Penghulu Hashim,

Pada catatan kali ini, diingatkan untuk meluangkan masa bagi menyertai Hari Keluarga Penghulu Hashim pada Sabtu dan Ahad hadapan (24 & 25 Disember 2011) di Intekma, Shah Alam.

1. Agenda Hari Keluarga 2011

 2. Senarai AJK dan tugasan:

 

3. Senarai penginapan di Intekma:


Ahli-ahli keluarga juga boleh layari facebook Keluarga Penghulu Hashim di http://www.facebook.com/penghulu.hashim


Sekian, terima kasih.

Monday, September 26, 2011

JEMPUTAN KE PROGRAM TAZKIRAH BULANAN & KENDURI DOA SELAMAT

Assalamualaikum kepada semua ahli keluarga Penghulu Hashim,

Di jemput ke program tazkirah bulanan Keluarga Penghulu Hashim dan kenduri doa selamat di rumah Shatrah beralamat:
No.6, Jalan SS3/29, Petaling Jaya, Selangor.
Hari: Ahad
Tarikh: 2 Oktober 2011
Masa: 4:00petang

Aktivit:
1. Bacaan Yasin
2. Solat Asar berjemaah
3. Tazkirah
4. Menjamu selera

Kepada ahli keluarga yang akan hadir, minta kerjasama untuk menghubungi Puan Shatrah untuk pengesahan bilangan ahli keluarga bagi memudahkan tuan rumah untuk menyediakan persiapan.
Handphone: 013-3332500
Rumah: 03-78762500

Monday, May 9, 2011

Penerbitan Buku Biografi Keluarga

PENGUMUMAN

Assalamualaikum kepada semua,

Jika para ahli keluarga mempunyai informasi, gambar atau apa-apa dokumen yang mempunyai hubungkait dengan Keluarga Penghulu Hashim, minta kerjsama dan jasa baik ahli keluarga untuk berkongsi bersama Mak Ton melalui email beliau azmahton@salam.uitm.edu.com

Ini adalah kerana Pak Chon sedang berusaha untuk menerbitkan Buku Biografi Keluarga Penghulu Hashim. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pak Chon menerusi handphone: 019-3209600.

Sekian, terima kasih.

Saturday, January 22, 2011

Kehadiran Ahli Keluarga Pada Perjumpaan Tahun Baru di Taman Rimba Komenwel

Sejumlah 115 orang ahli keluarga telah memberi komitmen dan masa untuk bersama sempena Penjumpaan Hari Keluarga Penghulu Hashim di Taman Rimba Komenwel pada 1 Januari 2011.

Monday, January 3, 2011

Laporan Berita Harian tentang Perjumpaan Hari Raya 2010 (12 Sept 2010)


ALOR SETAR - SEBAHAGIAN dari 300 anggota keluarga Penghulu Hashim berkumpul di dewan Tenaga Nasional sempena majlis perjumpaan Aidilfitri.

Sementara itu, kira-kira 300 waris keluarga Penghulu Hashim juga berhimpun memeriahkan majlis pertemuan keluarga yang membabitkan empat generasi.

Jurucakapnya, Datuk Rokiah Hashim, berkata perhimpunan itu diadakan dua tahun sekali bagi mengukuhkan hubungan kekeluargaan waris Penghulu Hashim yang mempunyai 26 anak iaitu 12 lelaki dan 14 perempuan.

“Perhimpunan keluarga Penghulu Hashim diadakan sejak 1990 dengan keahlian anggota keluarga pada masa itu lebih 200 orang dan ketika ini sudah melebihi 600 orang,'' katanya.

Rokiah berkata, Penghulu Hashim itu adalah bapanya, Md Hashim Saad iaitu seorang penghulu di Mukim Tebengau di sini pada sekitar tahun 70-an.

Katanya, Md Hashim juga adalah bekas Timbalan Penghulu dan Penggawa Malaysia serta Yang Dipertua Penghulu Kedah.

"Bapa saya meninggal dunia pada 6 Mei 1986 pada usia 72 tahun kerana sakit jantung," katanya.