Saturday, January 22, 2011

Kehadiran Ahli Keluarga Pada Perjumpaan Tahun Baru di Taman Rimba Komenwel

Sejumlah 115 orang ahli keluarga telah memberi komitmen dan masa untuk bersama sempena Penjumpaan Hari Keluarga Penghulu Hashim di Taman Rimba Komenwel pada 1 Januari 2011.

Monday, January 3, 2011

Laporan Berita Harian tentang Perjumpaan Hari Raya 2010 (12 Sept 2010)


ALOR SETAR - SEBAHAGIAN dari 300 anggota keluarga Penghulu Hashim berkumpul di dewan Tenaga Nasional sempena majlis perjumpaan Aidilfitri.

Sementara itu, kira-kira 300 waris keluarga Penghulu Hashim juga berhimpun memeriahkan majlis pertemuan keluarga yang membabitkan empat generasi.

Jurucakapnya, Datuk Rokiah Hashim, berkata perhimpunan itu diadakan dua tahun sekali bagi mengukuhkan hubungan kekeluargaan waris Penghulu Hashim yang mempunyai 26 anak iaitu 12 lelaki dan 14 perempuan.

“Perhimpunan keluarga Penghulu Hashim diadakan sejak 1990 dengan keahlian anggota keluarga pada masa itu lebih 200 orang dan ketika ini sudah melebihi 600 orang,'' katanya.

Rokiah berkata, Penghulu Hashim itu adalah bapanya, Md Hashim Saad iaitu seorang penghulu di Mukim Tebengau di sini pada sekitar tahun 70-an.

Katanya, Md Hashim juga adalah bekas Timbalan Penghulu dan Penggawa Malaysia serta Yang Dipertua Penghulu Kedah.

"Bapa saya meninggal dunia pada 6 Mei 1986 pada usia 72 tahun kerana sakit jantung," katanya.