Friday, December 18, 2009

Pemergian Pak Su (Allahyarham Shariffuddin)

Assalamualaikum Ahli Keluarga Penghulu Hashim...


"Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali"

Allah s.w.t mentakdirkan kita diduga dengan pemergian Pak Su yang tersayang. Takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh itu Majlis Family Day kita pada 19hb-20hb Disember ditunda.

Dicadangkan majlis tahlil beramai-ramai akan diadakan di INTEKMA Blok 5 bermula 6 petang pada hari Sabtu 19hb Disember.

Aptments on 2 Floors di INTEKMA are available for family members yang memerlukan tempat duduk pada 19hb Disember malam. Boleh telefon pada Mak Ton / Fauzan.

Monday, December 7, 2009

Sumbangan Hari Keluarga 2009

Assalamualaikum,

Kepada semua ahli keluarga yang dihormati, Pihak AJK Hari Keluarga memohon sumbangan ikut kemampuan untuk Hari Keluarga 2009 di Intekma pada 19 & 20 Dis 2009 ini.

Sumbangan ikhlas boleh dibuat melalui bank-in kepada akaun:
Nama: Muhammad Fahmi Md. Fazil
No. Akaun: 564397003401
Bank: Maybank Berhad

Sila sms nama anda & jumlah sumbangan kepada 013-3776027 bagi catatan Muhammad Fahmi.

Sekian, terima kasih.

Final Committee Meeting 8 December 2009

Final committee meeting akan diadakan bagi membincang perancangan akhir untuk Hari Keluarga Penghulu Hashim yang akan diadakan pada 19 & 20 Disember ini.

Maklumat mesyuarat ini adalah:
Hari: Selasa
Tarikh: 8 Disember 2009
Masa: 8 malam
Tempat: Intekma, Shah Alam

Harapan semua AJK untuk Hari Keluarga ini dapat menghadiri mesyuarat akhir ini bagi melancarkan Hari Keluarga 2009.

Wednesday, October 21, 2009

Ister-Isteri & Anak-Anak Penghulu Hashim

Penghulu Hashim pernah berkahwin sebanyak 12 (dua belas) kali dan tidak pernah melebihi 4 orang isteri pada satu ketika mengikut ajaran Agama Islam. Nama isteri-isteri beliau adalah:

1. Hajah Che Ah
2. Che Wan
3. Che Bashah
4. Hajar
5. Aishah
6. Wan Sopian
7. Che Nah
8. Che Bah
9. Che Ah
10. Romlah
11. Che Hawa
12. Norlia

Dengan hasil perkahwinan beliau bersama isteri-isterinya, mereka telah dianugerah dengan 26 orang anak. Senarai anak-anak beliau adalah seperti di bawah (nombor dalam kurungan dirujuk kepada senarai ibu di atas):

1. Che Som (1)
2. Abdul Mutalib (1)
3. Hajah Fatimah (1)
4. Zaleha (1)
5. Sofiah
6. Rokiah (3)
7. Kamil
8. Al-Johari (1)
9. Fadzil (5)
10. Siti Hajar (1)
11. Robeah
12. Khadijah@Maliah (6)
13. Ahmad (7)
14. Rodziah (1)
15. Samehah (3)
16. Abdul Halim
17. Bahijah (5)
18. Fisol (5)
19. Sharifuddin (1)
20. Zaharah (5)
21. Iqram (5)
22. Shuib (5)
23. Sakinah (5)
24. Suher (9)
25. Siham (9)
26. Shauqi (9)

Mari kita bersama-sama sedekahkan bacaan suci umul kitab "Al-Fatihah" kepada arwah / marhumah ahli keluarga semoga dicucuri rahmat.

Thursday, September 17, 2009

Hari Keluarga Penghulu Hashim 19 - 20 Disember 2009

AJK Persatuan Keluarga Penghulu Hashim cawangan Kuala Lumpur telah bermesyuarat dan merancang untuk menganjurkan Hari Kelaurga:

Tarikh: 19 & 20 Disember 2009 (Sabtu & Ahad)
Tempat: Intekma Resort, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


Konsep:
1. Sumbangan RM200 setiap keluarga yang tinggal di Kuala Lumpur (anak / cucu yang telah bekerja / berkahwin dikira satu keluarga).

2. Bagi memudahkan urusan pembayaran, sumbangan boleh dibuat secara ansuran melalui:
No. Akaun: 5643 9700 3401
Bank: Malayan Banking Berhad (Maybank)
Nama Pemegang Akaun: Muhammad Fahmi Md Fazil
No. Telefon: 013-377 6027
(Sila SMS selepas masukkan wang, digalakkan agar sumbangan dibuat RM50 sebulan
mulai bulan Ogos)

3. Sebarang pertanyaan untuk program ini, sila hubungi:
i) Ayah Mat (Ahmad Hashim) - Pengerusi
ii) Cik Shahnaz Sheikh Mohsein

Monday, September 7, 2009

MESYUARAT AJK “FAMILY DAY” KELUARGA PENGHULU HASHIM-2009

Tarikh: 26/7/09@3.45pm-5.45PM
Tempat: Intekma
Pengerusi: Ayah Mat (Presiden)

Yang Hadir:

1. Haji Ahmad Hashim (Ayah Mat)
2. Puan Sri Hajjah Fatimah Hashim (Lang Mah)
3. Hajjah Khatijah Hashim (Mak Maliah)
4. Haji Fadhil Hashim (Pak Long Din)
5. Haji Fisol Hashim (Pak Chon)
6. Hajjah Azmahton (Mak Tun)
7. Haji Fakharuddin (Pak Cik Fakharudin)
8. Hajjah Zaharah Hashim (Mak Arah)
9. Haji Shaharudin
10. Hajjah Adibah Ahmad (Kak Cik Dibah)
11. Hajjah Nabilla Abdul Mohsein (Kak Nabilla)
12. Hajjah Shahnaz Abdul Mohsein (Teh Shahnaz)


Agenda

1. Perancangan untuk Family Day
2. Perkara-perkara berkaitan

Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan dan selawat. Juga sedikit tazkirah bersempena akan datangnya bulan Ramadhan. Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Teh Shahnaz dan Mak Tun kerana telah menguruskan mesyuarat pada hari ini secara proaktif. Tuan Pengerusi telah membentangkan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat terdahulu sebelum menyerahkan mesyuarat kepada Teh Shahnaz.


Keputusan pada Mesyuarat yg terdahulu (Recap):

Keluarga di KL telah memutuskan untuk menjalankan tiga perkara:
1. Website blog keluarga telah selamat dilancarkan (www.penghuluhashim.blogspot.com). Walaubagaimanpun, blog tersebut tidak berapa aktif. Ahli-ahli digalakkan memuatkan gambar-gambar perjumpaan dan majlis-majlis lain, serta apa-apa info yang berkaitan famili. Moderator blog adalah Amirussyahri Ahmad (Abang Long@0192799722).
2. Perjumpaan keluarga dwitahunan di KL, dipengerusikan oleh Dato Yunus dan Teh Shahnaz.
3. Dana persatuan untuk membantu ahli-ahli yang memerlukan, dipengerusikan oleh Pak Long Din.

Keluarga di Kedah:
1. Majlis beramah mesra dengan anak yatim. Majlis tahun ini yang diuruskan oleh Jang Kiah telah berjalan dengan baik. Penyerahan anak yatim akan djalankan tahun hadapan.
2. Majlis buka puasa tahunan pada 27 Ramadhan tahun ini akan diadakan di rumah Mak Nah.
3. Majlis Raya tahunan (hari raya ke-2) tahun ini akan dipengerusikan oleh Pak Om. Tujuan: memupuk muafakat.


Perbincangan mengenai “Family Day” yang diipengerusikan oleh Teh Shahnaz telah memutuskan:

1. Dinamakan “Hari Keluarga Penghulu Hashim”
2. InsyaAllah akan menjadi acara dwi-tahunan.
3. Tahun ini akan diadakan pada 19-20 Disember 2009 bersamaan dengan kenduri Pak Chon dan Mak Tun.
4. Tujuan: mengukuhkan ukhuwah dan bersuai kenal.
5. Rangka Itinerary dan detail kewangan juga telah dibincang dan disertakan - Appendix 1.
6. Satu jawatankuasa telah dibentuk dan senarai disertakan -Appendix 2.
7. Mesyuarat AJK akan dipanggil pada hari berbuka puasa di rumah Mak Arah (12 Sept 09)


Perkara-perkara lain yang berkaitan (AOB):

1. Majlis berbuka puasa KL insyaAllah akan diadakan pada 12 September 2009 di rumah Mak Arah.
2. Majlis Raya Eidul Fitr KL insyaAllah akan diadakan pada 27 September 2009 di rumah Lang Mah, serentak dengan upacara Aqiqah untuk cucu terbaru (Syamil Syaraff)
3. Majlis kenduri kahwin:
a. Anak Abang Zamry and Kak Nen pada 16 Ogos 009
b. Aina, anak Pak Cik Halim and Mak Cik Yati akan diadakan pada 24 September 2009 di rumah Pak Cik Halim
c. Pnut, anak Pak Teh Kob and Mak Teh Piah pada 29 November 2009-09
d. Faizahton, anak Pak Chom and Mak Ton pada 19 Disember 2009


Perkara yang dibincang tetapi tidak ada keputusan muktamad:

1. Ayah Mat telah memberitahu bahawa tanah Kampung Penghulu Hashim akan dijual pada RM15/kaki persegi kepada orang berbangsa Cina. Adalah ahli keluarga yang ada dimesyuarat ini merasakan bahawa kampong ini adalah satu warisan yang juga satu amanat dan sebulat suara bersetuju jika tanah ini hanya dijual kepada anak cucu Penghulu Hashim yang berkemampuan supaya tanah warisan ini dapat dipergunakan untuk kepentingan umat Islam amnya dan ahli keluarga khasnya. Disarankan untuk dibuka pada anak dan cucu Penghulu Hashim yang ingin membeli tanah – pengumuman dirancang pada Perjumpaan Hari Raya dan “offer period” dibuka hingga akhir tahun 2009

2. Kak Cik Adibah juga telah menyarankan agar ahli keluarga dapat menempah kuih yang dijualnya agar kutipan hasilnya dapat diagihkan kepada rumah kebajikan seperti ditahun-tahun lepas. InsyaAllah tahun ini, kutipan akan dihantar kepada rumah anak yatim Ruqqaiyah. Ini adalah satu cara untuk mengumpul dana dari keluarga yag kemudiannya dapat dibuat amal bagi pihak seluruh keluarga – oleh itu ahli keluarga diminta untuk participate

Mesyuarat telah berakhir dengan selamatnya pada 5.45 petang. Tuan pengerusi telah berterima kasih kepada semua yang hadir dan mendoakan agar semua urusan akan berjalan dengan baik.

Semoga usaha diberkati Allah swt. Amin.

Penulis minit: Kak Nabilla dibantu oleh Najat Dzaki.


APPENDIX 1
ITINERARI FAMILY DAY

19 Disember Aktiviti
Pagi Keluarga di Kedah bertolak dgn bas
12-3pm Kenduri di rumah Pak Chon and Mak Ton
3pm Pendaftaran di Intekma
3pm – 6pm Free n Easy
6pm Berkumpul
6.30pm – 8pm Bacaan yasin dan tahlil, sembahyang Maghrib berjemaah
8pm – 12pm Steamboat Dinner dan Program Bersuai-kenal

20 Disember
5 am Qiamullail
6 am Kuliah Subuh – Peranan dan Tanggungjawab Keluarga
7am Senaman
7.30am Breakfast (makanan akan disediakan sepanjang pagi)
9-10am Acara utk tiap generasi
- Kanak2: Sukaneka
- Remaja: Program TBD
- 20-40s: Program TBD
- 40 keatas: Program TBD
10am Free n Easy (+ Packing)
12pm Check-out (+Packed Lunch)
Sayonara

Quotation untuk 100 adult + 50 kanak2
- Bilik (satu block)
- Steamboat Dinner
- Breakfast Sponsored (family Cik Leha)
Kuih (Mak Arah)
Buah (Kak Nabilla)
- Lunch
- Others
- Total RM10,000

Funded by:
KL Family Collection RM4,000 (RM200 per family – 4 mths@RM50 per month)
Others to be raised RM6,000

Perkara yang perlu diuruskan:

1. Bedding and food arrangements
2. Registration for Family Day- on Hari Raya (Abang Long has the members database)
3. Kutipan dana family Day (diuruskan oleh Kak Cik Adibah utk KL Family dan The Shahnaz utk yg lain2).


APPENDIX 2

AJK Kerja
1. Urusetia A/S –Datin Siti Hajar, Dato Rokiah Hashim dan Puan Rokiah (Jang Kiah)
2. Pendaftaran dan Penginapan – Cikgu Adibah
3. Intergenerational activities – Fauzan dan Shatrah
4. Solat dan kuliah/Qiamullail – Pak Cik Fakhruddin dan Mak Arah
5. Makanan – Teh Shahnaz
6. Sukaneka – Teh Nisah
7. Kebersihan – Kak Nisah
8. Keselamatan – Hakim
9. Teknikal – Abang Long (Amirussyahri Ahmad)

Friday, August 21, 2009

IFTAR RAMADHAN

Dijemput hadir semua ahli keluarga untuk majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Penghulu Hashim seperti maklumat di bawah:

Tarikh: 12 September 2009 (SABTU)
Tempat: Rumah Ustazah Zaharah (Mak Arah)
Konsep: "Pot Luck"

Dengan kesempatan ini, Persatuan Penghulu Hashim mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tuesday, July 21, 2009

Minit Mesyuarat 18 Julai 2009

PERSATUAN PENGHULU HASHIM

MAJLIS BERSAMA ANAK-ANAK YATIM PERKIM

Tarikh : 18.07.2009

Tempat : Bangunan PERKIM, Lorong Seri, Alor Setar

ATURCARA:

9.00 pg. - Ahli dan peserta berkumpul
Minum pagi
9.30 pg. - Majlis Ta’aruf

o Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

o Ucapan Pengerusi Persatuan

o Ucapan Pengerusi PERKIM: Dato’ Azmi b. Hj. Ahmad

o Minum pagi

10.30 pg. - Gotong Royong

12.00tgh. - Motivasi

o Pembahagian Anak Angkat

o Makan Tengahari

o Solat Zohor Berjemaah

o Bersurai

Minit Mesyuarat 4 Julai 2009

MINIT MENYUARAT KHAS

PERSATUAN PENGELULU HASHIM

Tarikh : 04.07.209
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 mlm
Kehadiran : Fadzil
Abang.Lid / Kak Ain
Wan / Bahijah
Jaafar / Khasiah
Hasnah/Shukur
Ikram / Na
Mad / Not
Rokiah
Suraini / Sajari
Halim / Yati
Mohd. Ridha
AGENDA 1

Majlis Bersama Anak-Anak Yatim Ikram memulakan mesyuarat dengan memberi salam serta ucapan kesyukuran dan seterusnya mengucapkan selamat datang kepada semua kerana sudi melapangkan masa untuk hadir ke mesyuarat pada malam itu. Beliau memaklumkan bahawa perjumpaan ini adalah khusus membincang mengenai Maj;is Bersama Anak-Anak Yatim yang mana penerangannya akan disampaikan oleh Kak Kiah


AGENDA 2 :

K. Kiah memulakan majlis dengan menyampaikan salam dari Pengerusi kepada semua yang hadir dengan lafaz “Assalamualaikum”. Seterusnya menerangkan mengenai program majlis:-

2.1 Program “MAJLIS BERSAMA ANAK-ANAK YATIM”

Tarikh : 18.07.2009 (Sabtu)
Tempat : Bangunan PERKIM,
Lorong Seri, Alor Setar
Masa : 9.00 pg. hingga 5.00 ptg.
Bil.Anak Yatim : 43 orang lelaki
(19 Sek.Ren. & 24 Sek. Men.)
Staf 6 orang
Bil. Ahli Persatuan : 50 orang (Anggaran)



2.2 Anggaran Perbelanjaan / Menu

Ahli Persatuan bersetuju sebulat suara untuk mengutip RM50.00 satu keluarga dan dialu-alukan sumbangan yang lebih sekiranya ada yang sudi nak buat kebajikan.Pengerusi dikehendaki megeluarkan surat kebenaran mengutip wang sumbangan

MENU

Minum pagi : Bihun/Mee goreng (disediakan)
Kueh mueh (ahli yang sudi bawa)
Kopi / Teh

Makan Tengahari : Nasi Briani Ayam
Nasi Puteh
Kari Daging
Acar Timun
Buah-buahan & Air

Minum petang : Air Kotak & Roti/Kek

Sekiranya ada wang lebih kita semua bersetuju untuk memberi cenderahati kepada anak-anak yatim (contoh – tuala mandi)

Makanan akan disediakan untuk lebih kurang 100 orang. Ikram memaklumkan bahawa ada seorang Hamba Allah sudi memasak untuk majlis ini dengan percuma, kita Cuma sediakan bahan-bahan sahaja. Semua makanan yang telah dimasak akn dibawa ke PERKIM.

2.3 Jumlah ahli yang berminat untuk jadi keluarga angkat kepada anak yatim.

Fungsi Keluarga Angkat
i. Hubungan siratulrahim dengan anak angkat
ii. Mengenal & memahami masaalah anak angkat
iii. Melawat/berjumpa dengan anak angkat

Fadzil mencadangkan bahawa kita tak perlu memberi persetujuan sekarang, eloklah kita atur pembahagian anak angkat ini pada hari tersebut, bergantung kepada kehadiran ahli-ahli. Cadangan dipersejutui oleh semua yang hadir.

2.4 Gotong Royong

Ikrm mencadangkan, oleh kerana makanan dimasak di tempat lain, jadi aktiviti gotong royong boleh dibuat selepas majlis ta’aruf. Cadangan disokong oleh semua. K.Kiah bersama-sama Mat, Jaafar dan Ikram akan buat lawatan ke PERKIM sebelum 18.07.2009 untuk meastikan apa yang boleh dbuat dan pastikan peralatan-peralatan yang perlu dibawa bagi tujuan gotong royong.


2.5 AJK Kerja:

Pengerusi : Rokiah
Jamuan : Ikram / Na
Sambutan : Shukur / Hasnah
Gotong Royong : Mat
Susunatur Dewan : Jaafar

3. Hal-Hal Lain

Halim memberitahu bahawa majlis akadd nikah anaknya akn diadakan pada 18.07.2009 selepas zohor di Masjid aman, Jln. Kuala Kedah dan beliau menjemput kita seua ke majlis tersebut.

Oleh kerana perancangaan majlis kita telah diatur dengan pihak PERKIM, ahli sebulat suara bersetuju supaya aktiviti kita diteruskan kerana keluarga yang pulang dari K.L bagi tujuan aktiviti ini boleh sekali ke majlis Halim dan selepas itu kita semua boleh pergi ke rumah Halim. Tetapi sesiapa yang diperlukan atau hendak pergi lebih awal pun dibolehkan.

Mat memperingatakan supaya muslimah membawa pakaian sembahyang.

Sekian. Majlis tamat jam 10.00 mlm.


Terima kasih.

Minit Mesyuarat 2 May 2009

MINIT MENYUARAT

PERSATUAN PENGELULU HASHIM

Tarikh : 02.05.2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.20 mlm
Kehadiran : Ahmad b. Hashim (Pengerusi)
Abang.Lid
Kak Ha
Jaafar / Khasiah
Hasnah/Shukur
Ikram / Na
Mad / Not
Rokiah
AGENDA

1. Alaun Pengerusi
2. Tanah
3. Aktiviti
4. Hal-hal lain

AGENDA 1 : ALAUN PENGERUSI
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan memberi salam dan ucapan kesyukuran dan seterusnya mengucapkan selamat datang kepada semua kerana sudi melapangkan masa untuk hadir ke mesyuarat pada malam itu walaupun lewat Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ikram dan keluarga kerana sudi menyediakan tempat dan makan malam kepada ahli yang hadir. (Masak lemak Ikan Fatin dan Ikan Keli goreng & Masak Cili)


AGENDA 2 : TANAH

Pengerusi memaklumkan bahawa lawyer pihak pembeli minta dilanjutkan tempoh perjanjian sehingga 15.05.2009. Pengerusi memaklumkan bahawa semua keluarga di KL telah bersetuju atas permintaan tersebut. Dalam mesyuarat malam tersebut keluarga di Kedah juga turut bersetuju dengan sebulat suara, tetapi sekiranya ada pembeli yang yang berminat atas tanah tersebut, urusan jual beli boleh dilakukan.

Selepas 15.05.2009 lawyer pihak penjual diminta membuat surat untuk membatalkan perjanjian.


AGENDA 3 : AKTIVITI PERSATUAN BAGI TAHUN 2009

KUALA LUMPUR

Aktiviti ditangguhkan

KEDAH

1 Perjumpaan keluarga pada Hari Raya ke-2 - Ketua Ikram
- Tempat : belum diputuskan
- Tarikh : Hari Raya ke-2
- Peserta : Ahli keluarga dan jemputan (Ahli keluarga, sepupu,
bisan dll)
2 Acara bersama Anak-Anak Yatim - Ketua Rokiah bt. Saad

- Tempat : Rumah Anak Yatim (PERKIM)
Lorong Seri, Alor Setar
- Tarikh : 18.07.2009 (Sabtu)
- Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 ptg.
Aturcara
- Memasak dan makan bersama-sama anak-anak yatim
- Gotong royong membersih kawasan
- Solat Zohor berjemaah
- Ceramah motivasi/usroh (dalam kumpulan)
- Mesyuarat AJK
- Solat Asar berjemaah
- Bersurai

3 Majlis Berbuka Puasa pada malam 27 Ramadhan - Ketua Hasnah Hashim
- Bertempat di Bee Bee Park
- Keluarga berkumpul pkl. 5.00 ptg
- Majlis Tahlil
- Berbuka Puasa
- Solat Magrib Berjemaah
- Solat Tarawih
(Jamuan berbuka puasa diurus oleh Kak Nah Syukur)


AGENDA 4 : HAL-HAL LAIN

1. Pengerusi memaklumkan bahawa beliau akan berangkat ke Tanah Suci Mekah sebelum bulan puasa dan akan kembali pada Hari Raya.
2. Pengerusi memohon sekiranya sesiapa yang ada gambar-gambar lama atau bahan-bahan lain yang berkiatan dengan keluarga kita bolehlah serahkan kepada beliau untuk dimasuhkan ke dalam blog.


Simpulan Pengerusi:

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK atas kejayaan bermesyuarat. Beliau menyampaikan salam dari keluarga Kuala Lumpur dan memaklumkan bahawa Zaini b. Yaacob telah keluar dari hospital.

Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan suroh AL-‘ASHR


Mesyuarat ditangguh jam 10.20 mlm.

Minit Mesyuarat 7 Mac 2009



Minit Mesyuarat 13 November 2003




Disertakan Minit Mesyuarat Tahun 2003:

1. Pada 13 November 2003 di Rumah Haji Tarmizi, Taman Mahkota, Alor Setar.

Minit Mesyuarat 5 November 2003







Disertakan Minit Mesyuarat Tahun 2003:

1. Pada 5 November 2003 di Rumah Encik Ikram, Taman Inang, Alor Setar.

Monday, July 20, 2009

Minit Mesyuarat 12 Julai Tahun 2003




Disertakan Minit Mesyuarat Tahun 2003:

1. Pada 12 Julai 2003 di Rumah Haji Ahmad, Taman Setiawangsa, KL & Intekma, Shah Alam.




Sunday, January 11, 2009

Minit Mesyuarat 2 November 2008

Tarikh: 2 November 2008
Mula: 10:50pagi
Akhir: 11:10pagi
Tempat: Rumah Haji Ahmad Hashim, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

1. Ucapan aluan daripada Presiden Persatuan Keluarga Penghulu Hashim, Haji Ahmad.

2. Cadangan acara tahunan:
a) Perjumpaan Aidilfitri setiap tahun pada hari raya ke-dua. Tanggungjawab: AJK Keluarga Kedah.
b) Jamuan buka puasa dengan anak-anak yatim Yayasan Budi BB Park di mana ia lebih berkesan jika berbuka puasa di rumah anak yatim tersebut di Yan Kedah. Tanggungjawab: AJK Keluarga Kedah.
c) Perjumpaan keluarga awal tahun di Kuala Lumpur. Tanggungjawab: Dato' Yunus.

3. Buka website Keluarga Penghulu Hashim pada awal tahun 2009. Tanggungjawab: Amirussyahri, Ahmad Syah & Ahmad Azlan Syah.

4. Family tree Keluarga Penghulu Hashim (asal usul keluarga). Tanggungjawab: Keluarga Hajah Zaleha.

5. Tubuh tabung Keluarga Penghulu Hashim. Tanggungjawab: Pak Long Din & Shahnaz.

Mesyuarat berakhir dengan bacaan tasbih kifarah & surah wa'as.

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Hari Raya di Kedah





Selamat Maal Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami, ahli jawatankuasa Persatuan Keluarga Penghulu Hashim mengucapkan selamat datang ke laman blog rasmi Keluarga Penghulu Hashim. Diharapkan ahli keluarga dapat menggunakan laman blog ini dengan sebaik mungkin bagi mengeratkan silaturahim Keluarga Penghulu Hashim.

Dengan kesempatan ini saya mewakili
Persatuan Keluarga Penghulu Hashim mengucapkan Selamat Maal Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun 2008.

Saya menjemput semua ahli keluarga untuk menghadiri kenduri kesyukuran di rumah saya di Taman Setiawangsa bersama mesyuarat persatuan keluarga kita.

Yang ikhlas,
Haji Ahmad Haji Hashim,
Presiden,
Persatuan Keluarga Penghulu Hashim 2008/2009.