Tuesday, July 21, 2009

Minit Mesyuarat 2 May 2009

MINIT MENYUARAT

PERSATUAN PENGELULU HASHIM

Tarikh : 02.05.2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.20 mlm
Kehadiran : Ahmad b. Hashim (Pengerusi)
Abang.Lid
Kak Ha
Jaafar / Khasiah
Hasnah/Shukur
Ikram / Na
Mad / Not
Rokiah
AGENDA

1. Alaun Pengerusi
2. Tanah
3. Aktiviti
4. Hal-hal lain

AGENDA 1 : ALAUN PENGERUSI
Pengerusi memulakan mesyuarat dengan memberi salam dan ucapan kesyukuran dan seterusnya mengucapkan selamat datang kepada semua kerana sudi melapangkan masa untuk hadir ke mesyuarat pada malam itu walaupun lewat Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ikram dan keluarga kerana sudi menyediakan tempat dan makan malam kepada ahli yang hadir. (Masak lemak Ikan Fatin dan Ikan Keli goreng & Masak Cili)


AGENDA 2 : TANAH

Pengerusi memaklumkan bahawa lawyer pihak pembeli minta dilanjutkan tempoh perjanjian sehingga 15.05.2009. Pengerusi memaklumkan bahawa semua keluarga di KL telah bersetuju atas permintaan tersebut. Dalam mesyuarat malam tersebut keluarga di Kedah juga turut bersetuju dengan sebulat suara, tetapi sekiranya ada pembeli yang yang berminat atas tanah tersebut, urusan jual beli boleh dilakukan.

Selepas 15.05.2009 lawyer pihak penjual diminta membuat surat untuk membatalkan perjanjian.


AGENDA 3 : AKTIVITI PERSATUAN BAGI TAHUN 2009

KUALA LUMPUR

Aktiviti ditangguhkan

KEDAH

1 Perjumpaan keluarga pada Hari Raya ke-2 - Ketua Ikram
- Tempat : belum diputuskan
- Tarikh : Hari Raya ke-2
- Peserta : Ahli keluarga dan jemputan (Ahli keluarga, sepupu,
bisan dll)
2 Acara bersama Anak-Anak Yatim - Ketua Rokiah bt. Saad

- Tempat : Rumah Anak Yatim (PERKIM)
Lorong Seri, Alor Setar
- Tarikh : 18.07.2009 (Sabtu)
- Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 ptg.
Aturcara
- Memasak dan makan bersama-sama anak-anak yatim
- Gotong royong membersih kawasan
- Solat Zohor berjemaah
- Ceramah motivasi/usroh (dalam kumpulan)
- Mesyuarat AJK
- Solat Asar berjemaah
- Bersurai

3 Majlis Berbuka Puasa pada malam 27 Ramadhan - Ketua Hasnah Hashim
- Bertempat di Bee Bee Park
- Keluarga berkumpul pkl. 5.00 ptg
- Majlis Tahlil
- Berbuka Puasa
- Solat Magrib Berjemaah
- Solat Tarawih
(Jamuan berbuka puasa diurus oleh Kak Nah Syukur)


AGENDA 4 : HAL-HAL LAIN

1. Pengerusi memaklumkan bahawa beliau akan berangkat ke Tanah Suci Mekah sebelum bulan puasa dan akan kembali pada Hari Raya.
2. Pengerusi memohon sekiranya sesiapa yang ada gambar-gambar lama atau bahan-bahan lain yang berkiatan dengan keluarga kita bolehlah serahkan kepada beliau untuk dimasuhkan ke dalam blog.


Simpulan Pengerusi:

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK atas kejayaan bermesyuarat. Beliau menyampaikan salam dari keluarga Kuala Lumpur dan memaklumkan bahawa Zaini b. Yaacob telah keluar dari hospital.

Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan suroh AL-‘ASHR


Mesyuarat ditangguh jam 10.20 mlm.

No comments:

Post a Comment